agak lama Ain tak update blog ni....sangat2 sibuk ditambah dengan cubaan hidup yang Ain terima kini...Entah kenapa Ain bagaikan sukar meredhai dugaanMu ini..
Kesakitan yang ku alami makin menyelinap di seluruh tubuhku,bagaikan dah tiada kudrat untukku gagahkan..namun Alhamdulillah kesakitan ini mampu ku sembunyikan di hadapan teman-temanku walaupun kadang-kala aku tak mampu menahannya.
Namun, aku tahu aku harus kuat...kerana ramai antar mereka masih memerlukan aku, mengharapkan aku dan aku harus kuat untuk terima dugaan ini...sesungguhnya aku harus kuatkan diriku bahawa dugaan ini ada rencana Allah disebaliknya.,.
mungkin juga kesakitan ini menjadi penghapus dosaku yang lepas, yang telah banyak ku lakukan dahulu...aku nekadkan hati untuk tak kembali ke jalan itu lagi..apa yang harus ku pentingkan ialah diriku dan pelajaranku walaupun aku masih tak nampak perjalanan seterusnya ini....yee...Ain kena kuat...