Pages

Monday, August 29, 2011

Sayu meninggalkan Ramadhan...

Assalamualaikumm w.b.t....Alhamdulillah masih diberi kesempatan daripada Allah yg Maha Esa untukku terus bernafas di bumi yang penuh pancaroba ini...Hari ini adalah hari terakhir aku berpuasa di bulan Ramadhan dan Syawal  akan menjelma pd esok hari.. Sebulan aku menikmati kehadiran Ramadhan yang penuh kesucian ini..Ya Allah, begitu indah Ramadhanku kali ini buat insan yang baru mengenal erti agama seperti aku..Setinggi-tinggi kesyukuran juga ku panjatkan padaMu kerana dapatku langsaikan ibadah puasa pada bulan ini dengan sepenuhnya tanpa keuzuran yang membataskan aku meninggalkan ibadahku padaMu...


Pemergian Ramadhan ini tetap membuat hatiku sayu, masih ada kah Ramadhan buatku akan datang?..sempatkah aku bertemunya lagi?...layakkah aku untuk menyambut Syawal yang bakal tiba esok hari?...Allahhuakbar...belum cukup amal ibadatku padaMu Ya Allah, terlalu jahil diri ini untuk mengabdikan diri ini sepenuhnya padaMu...takku rebut sepenuhnya keindahan bulan yg paling mulia antara bulan-bulan lain ini...sedih, sayu meninggalkan Ramadhan yang ku rasa takku hargai sepenuhnya ini..Namun, masa tak mungkin undur kembali untuk aku nikmati Ramadhan itru sekali lagi...


Demi cintaku padaMu YaAllah, aku memohon sejuta keampunana dariMu, tanpa ku sedar aku membiartkan Ramadhan ini berlalu pergi. .Terlalu lemah diri aku dengan segala dugaan dan cubaan untukku di bulan ini...sedangkan ia adalah tawaran buatku, tawaran dan peluang buatku membersihkan diri, menyucikan hati untuk menjadi insan yang terbaik disisiMu..Dugaan, kesakitan, penderitaan yang Kau beri tetap menewaskan aku untuk menghadapi ujian ini...


Kesedihan Ramadhan ini turut dirasai apabila diri ini tidak berkesempatan menikmati cahaya Al-Qadr Mu Ya Allah.. Sedih yang tak mampu ku luahkan kerana rebutan setiap umat manusia ini tidak dirasai di jiwa ini..Adakah aku hanya mengenal lelah penah menahan diri berpuasa semata?..sedangkan ku tak mampu merasai nikmat hambaMu yang bertaqwa..sedih yang hanya mampu ku ungkapkan padaMu Ya Allah, menyesali pemergian Ramadhan yang bagiku takku sempurnakan sebaik mungkin..Namun aku tetap bersyukur diberi peluang memenuhi bulan Ramadhan ini dengan apa yang aku mahukan dan aku hajatkan di awal Ramadhan lalu, walau takku dipilih untuk menikmati Ak-Qadr Mu...


Di akhir Rmadhan ini, ku memohon padaMu Ya Allah agar Kau menerima segala amalanku selama ini, berkati dan terimalah Ramadhan yang ku lalui ini..dan aku memohon agarku diberi kesempatan lagi untuk bertemu Ramadhan yang akan datang..Aminn....

Salam Aidilfitri..maaf zahir dan batin...







Friday, August 19, 2011

Ibadah Puasa, hikmah lapar dan dahaga..

1. Proses mencapai matlamat.
Puasa diwajibkan bagi membentuk insan yang bertaqwa dan bersabar. Semasa berpuasa, sistem penghadaman akan dikosongkan daripada sebarang makanan dan minuman, Kelaparan dan rasa dahaga akan mengajar manusia banyak perkara
     Rasululllah s.a.w bersabda "Berpuasalah, nescaya kamu akan sihat". Ini jaminan Rasulullah bahawa amalan berpuasa dengan meninggalkan makan dan minum di siang hari mampu memberi kesihatan yang baik kepada pengamalnya. Hikmah ini hanya dirasai apabila syariat puasa diamalkan mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.


2. Merehatkan organ dan meremajakan sel.
Apabila berpuasa, organ-organ dalaman terutamanya dalam sistem penghadaman dapat direhatkan, jika sebelum inisemua organ dipaksa bekerja tanpa henti, maka dengan berpuasa organ-organ ini berkesempatan untuk berehat.
Puasa juga membolehkan tubuh badan dibersihkan daripada bahan-bahan yang tidak diperlukan. Pembersihan ini akan dapat meremajakan kembali sel-sel tubuh badan. Hati umpamanya, menyimpan zat gula yang hany akan digunakan semasa kecemasan. Semasa berpuasa, zat gula yang ada di dalam hati akan bergerak menuju ke pembuluh darah dan dimanfaatkan oleh organ-organ lain. Begitu juga zat lemak yang berada di bawah lapisan kulit. Ia usaha yang paling mudah untuk mencegah kelebihan zat lemak dalam badan yang mendatangkan kegemukan dan penyakit lain.


3. Adab makan minum yang diperolehi secara tak langsung.
Islam mengajar umatnya tentang tatacara makan minum khususnya pada bulan puasa. Rasulullah s.a.w berpesan "Apabila seseorang itu hendak berbuka, hendaklah berbuka dengan tamar kerana tamar itu berkat. Sekiranya tidak ada tamar maka berbukalah dengan air kerana air itu suci". Amalan bersahur menjadi sunnah yang penting dalam bulan puasa, Rasulullah mengingatkan "Hendaklah kamu makan sahur kerana sahur memberi berkat".Rasulullah juga mengajar umatnya "Seseorang itu akan sentiasa dalam keadaan baik ia segera berbuka apabila masuk waktunya dan melambatkan makan sahur".


4. Menjana kecerdasan emosi dan spiritual.
Menurut Ibn Qayyim al-Jauziah, "sesungguhnya perut apabila dipenuhi dengan makanan akan menyempitkan ruang untuk minuman dan sekiranya perut dipenuhi dengan minuman, ia akan menyempitkan ruang untk bernafas, ketika itu ia akan terdedah kepada kesakitan dan keletihan". Hal ini akan menyebabkan kerosakan hati dan mendatangkan kemalasan untuk beribadah. Ketika itu, nafsu akan berkobar-kobar dan inilah yang sering berlaku apabila kekenyangan menyerang seseorang
Imam Al-Ghazali berkata" kekenyangan akan meneybabkan hawa nafsu bergelora dan mendatangkan pelbagai penyakit".
Nabi Yusuf a.s sentiasa berpuasa dan apabila ditanya mengapa baginda berpuasa,baginda menjawab "akau takut kekenyangan kerana kekenyangan itu boleh melupakan nasib orang-orang yang lapar".
Untuk menguatkan perasaan dan jiwa, hendaklah dijadikanpuasa itu sebagai pokok atau dasar hidup, kerana ia akan menjadi cara yang berkesan untuk meninggikan pengaruh rohaniah ke ata jasmaniah. Dengan demikian, manusia boleh menguasai dirinya sendiri, sebaliknya ia tidak menjadi hamba kepada naluri kebendaan.


5. Yakin kepada janji Allah s.w.t
Islam menentapkan rasa lapar dan dahaga bukan sekadar mencapai matlamat tetapi ia sebagai suatu pendekatan untuk mendidik manusia menjadi individu yang lebih tinggi daya tahan dan daya juang.Ia akan mendidik jiwa individu untuk mendekatkan diri kepada Penciptanya






Sunday, August 14, 2011

Kerana Cinta itu Datang Dari Allah s.w.t.

CINTA...satu perkataan yang mudah terucap, lima abjad yang mudah ditulis, namun dari setiap kemudahan yang   kita rasai ini tidaklah semudah maksudnya yang begitu dalam.
CINTA?...untuk apa aku persoalkan ia di saat ini?...sejak akhir-akhir ni mcm2 aku dengar pasal cinta,..permainan cinta, penyelewengan cinta, keterlanjuran cinta dan mcm2lah...kadang2 timbul jugak rasa rimas bila terlampau kerap aku dengar benda2 ni...aku bukannye jenis yang tak percayakan cinta atau tak mahu menerima cinta, tp perasaan tu masih xdapat nk masuk dalam jiwa aku ni..




CINTA...entahlah, bagi aku cinta adalah sesuatu yang subjektif, terlalu luas maknanya..cinta ni satu perasaan yang lahir dalam diri, dalam hati dan jiwa yang memaksa dan mendorong seseorang tu untuk menyayangi org yang dia cintai..tapi kebanyakan orang sekarang terlalu terikat dengan perasaan cinta yang mereka faham, cinta bagi diorang adalah cinta terhadap pasangan masing2, terutamanya yang tengah ber'couple' sekarang. cinta diorg ni kdg2 melampaui batas sehingga sanggup buat ape saje yang diminta oleh pasangan diorg sebab cinta..aku sendiri akui, aku pernah terjerat dengan perasaan ni dulu..:)






Hakikatnya CINTA dalam pandangan Islam sangat jauh tafsirannya, mungkin ada persamaan dengan ape yang aku fahami atau fahaman orang lain, tp untuk secara menyeluruhnya memang xsama..terutamanya bagi golongan muda cm aku ni,..cinta ni satu perkataan mudah dan menjadi satu ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang menganggapnya sebagai satu kalimah suci dan beerti.ada jugak dalam kalngan diorang ni menjadikan cinta itu sebagai kebanggaan melalui kekasih yang diorang miliki dan mula memasang angan-angan dan impian untuk hidup bahagia bila diorang berumah tangga nanti.






Jadi, untuk aku faham pasal cinta ni, lebih baik aku fahamnye dari agama tu sendiri.Menurut Islam, cinta itu sebenarnya harus difahami, adakah ia merupakan satu lonjakan atau gelojak perasaan  ataupun perasaan tertarik terhadap seseorang sehingga melahirkan perasaan cinta di hati. Dalam artikel yang aku baca bertajuk "Hakikat Percintaan Dalam Islam" ada memperjelaskan mengenai cinta dalam Islam. Ia merupakan rasa hati yang semulajadi dan akan dialami oleh setiap insan di muka bumi ini sama ada muda, tua, baki, buruk dan sebagainya. Allah s.w.t telah menganugerahkan perasaan cinta ini adalah satu sebabnya untuk makhlukNya meneruskan keturunanya (salah satunya ialah menyukai pasangan yang berlainan jantina) atau dikenali sebagai Gharizah Al-Nau'. Ia merupakan satu naluri manusia yang diberikan oleh Allah daripada tiga naluri hakiki iaitu Gharizah Al-Baqa (naluri untuk meneruskan kehidupan dan mempertahankan), Gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah dan beragama) dan Gharizah Al-Nau'. maka ia merupakan suatu fitrah dan tidak haram disisi agama.
namun disebabkan fahaman tidak haram ini, manusia menyalahgunakan perasaan cinta itu sehingga melangkaui batas2 agama dan terpesong daripada adat sebenar percintaan.  secara jelasnya, cinta ini merupakan satu perasaan kasih sayang yang penuh rasa hormat , tanggungjawab, kesetiaan, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat. jika semua ni tak ada dalam sesebuah percintaan, maka perhubungan tu merupakan satu perhubungan kepura-puraan dan permainan perasaan.
Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang tinggi dan teratur tanpa mengabaikan perasaan cinta manusia terhadap Tuhannya.Mulianya sesebuah cinta itu adalah cinta yang bermatlamat. cinta yang ingin mendapatkan kasih sayangNya dimana manusia berkongsi perasaan sesama manusia. kerana mahukan kasih sayang Allah jugalah membolehkan sesam manusia saling melindungi dan menyelamatkan sesama mereka.  Ia sesuatu hubungan setia di dunia dan pengajaran yang sbadi di akhirat. Cinta yang dibina bukanlah cinta yang kosong tetapi cinta yang penuh dengan pengertian yang suci dan hanya dapat dirasai oleh jiwa yang bersih yang sentiasa mencari keredhaan Allah s.w.t....kerana Cinta Itu Datang Dari Allah, dan Dia adalah pemilik cinta itu sebenar-benarnya...






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

1996-1999

1996-1999

1999-2001

1999-2001

2002-2005

2002-2005

2006

2006

2007-2008

2007-2008

UPSI 2009-Sekarang

UPSI 2009-Sekarang