Pages

Wednesday, April 27, 2011

Tangisanku..

mengalami sesuatu kesakitan bukan perkara yang mudah buatkan, entah kenapa hari ini terlalu sakit hati ni, mungkin memang salahku...entahlah...bagaimana lagi hendak ku perbaiki, hilang punca arahnya...sedih lg bila ada yang menganggapku bagaikan hilang waras...Ya Allah...namun aku langsung tidak rasa untuk marah atau salahkan dia, mungkin dia tak pernah mengalami semua ini...aku tak kisah...apepn tanggapan manusia terhadapku...bg aku, aku ada Allah...Dia yang maha mengenali diriku.,..
saat ini juga hatiku terdetik untuk tinggalkan bumi UPSI ini, mungkin aku rasakan tiada lagi seindah yang ku harapkan, yg ku dapat hanyalah hinaan dan cacian...tambahan hati aku sangat rapuh untuk terus melawan perasaan perit tiap kali memandang wajah2 yang aku sayang di sini..tak sanggup lagi terus menyusahkan mereka dgn masalah hidupku yang tak pernah ada hujung penamatnya,...rasakan gelap seketika dunia andai ini berlaku, terlalu sayang aku pd pelajaranku...cita2 aku menggunung sejak kecik lagi nk jd seorang guru...ntahla sama ada ia tercapai ataupun tidak
Ya Allah, mengapa terlalu mudah manusia meletakkan nilaian terhadapku?...aku juga manusia biasa...adakah UPSI ini bukan tempatku?...memang ,mudah buat teman2 berkata2 untuk tidak memperdulikan hinaan yang dilemparkan ke atasku...tp hati aku terlalu goyah untuk melawan semua ni...sukar untuk aku ungkapkan....nk keluar bilik pn aku dh rs tak berdaya...senyuman memang sekarang cukup susah untuk aku ukirkan...
hari-hari yang ku lalui cukup mengajarku erti kehebatan hidup ni, namun tu semua langsung tidak akan merubah apepun yang ada dalam fikiran orang lain tentang diri aku,...terlalu buruk dan hina aku pd mereka...aku cuba untuk mencari ketenangan, cuba untuk tak fikirkan,...sertai mcm2 aktiviti walaupun aku tahu tu semua sgt berisiko terhadap diri aku...Ya Allah...aku tetap redha kalau nyawaku juga ditarik masa itu...ntahla...
Ya Allah...hanya satu yang aku pinta dariMu dan teman2...izinkanlah Ain pergi...







Sunday, April 24, 2011

Kelebihan Surah Al-Mulk( surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka).

KELEBIHAN SURAH AL-MULK
Kelebihan Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

1996-1999

1996-1999

1999-2001

1999-2001

2002-2005

2002-2005

2006

2006

2007-2008

2007-2008

UPSI 2009-Sekarang

UPSI 2009-Sekarang