Pages

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Ini

Esok, bermulalah bulan Ramadhan untuk tahun ini, ku harapkan keberkatannya melimpahi seluruh alam fana ini. hari-hari yang berlalu ini membuatkan aku sedar betapa agungnya duniawi yang dikurniakan ini, terlalu kerdil diriku jika dibandingkan dengan selautan dunia yang amat menakutkan kini. terlalu banyak salah dan khilafku pada diriku, pada keluargaku, pada insan-insan yang ku sayangi. terlalu mudah bingkisan kata-kata dilemparkan ke atas diriku..namun semua itu telah menghidupkan diri aku ini, diri yang baru..Diri yang akan mematikan episod hidupku lalu, melangsaikan drama tragis yang tak mungkin aku ulangi lagi.
Ramadhan ini, tiada kata seindah mampu dan akan ku ukirkan lagi, ku hanya mahu panjatkan setinggi-tinggi kesyukuranku pada yang Esa kerana saat ini aku masih lagi bernafas..Kerana nafas ini mungkin kemarin atau sebelumnya sudahpun putus di saat ini, tapi kerana adanya kasih sayangMu Ya Allah, Kau masih beri peluang untukku bernafas, bernafas dalam duniaku yang hanya memilikiMu disisiku.
Ramadhan ini, dengan kudratku yang masih tersisa pada jasad ini, aku meniti kehidupanku selikunya, tak pernah ku alami perasaan dan kelapangan dadaku yang bebas menyelusuri hidupku yang hanya memiliki diriMu sebagai penemanku. Aku mengerti, saat ini, tiada siapa lagi mampu memahamiku selainMu Ya Allah..Aku memiliki diriku keranaMu, Aku memelihara maruahku keranaMu
Ramadhan ini, sekali lagi aku mahu bertekad, dan aku harap aku mampu lakukan tekad ini tanpa pengaruh sesiapapun lagi, ku anggapkan apa yang telah ku alami dan akan ku alami tak akan ku kesali lagi, kerana ini adalah pilihanku semata dan dengan penerimaan dan takdirMu Ya Allah
Ramadhan ini, ku harapkan tiada lagi titsan airmata kesedihan meratapi kehiduipanku, menyesali segala perbuatanku, menyesali perbuatan insan lain terhadapku...tapi Ya Allah, ingin sekali aku menangis kegembiraan, kesyukuranku kerana Engkau mengasihiku, Engkau menyayangiku dengan limpahan dan dugaanMu terhadapku..kerana itu, aku mahu bersyukur sekiranya apa yang ku lalui ini sebagai penghapus dosa-dosaku yang lalu
Ramadhan ini, seandainya kudrat ini sudah tidak mampu lagi digagahkan, seandainya tubuh ini sudah goyah untuk didirikan, ingatkanlah aku pada mautMu, tempat keabdian diriku untukMu...dan aku tak sabar untuk ku nantikan saat itu..
Ramadhan ini, hasratku untukku abdikan diriku padaMu, walau sehebat manapun ujian dariMu Ya Allah, hakikinya tetap akan ku lalui, kekhilafanku akan ku perbaiki, biarlah tiada siapapun nampak, biarlah tiada siapapun hargai, biarlah tiada siapapun merasainya, yang pasti aku tahu Engkau mengetahuinya, setiap hembus nafasku, hanya Engkau yang memiliki segala yang berlalu pada roh ini
Ramadhan ini, mudah-mudahan mampu ku padamkan khilafku pada sekalian insan, yang mengenali ataupun tidak, mudah-mudahan mampu ku hapuskan dendam dan kekecewaan yang aku simpan selama ini, mudah-mudahan masih ada ruang aku dimaafkan atas kesalahanku, masih diberi peluang untuk diriku menjadi yang baru..
Ramadhan ini...agar ia berakhir dengan sejuta makna buat diriku....






Friday, July 29, 2011

Sayang


Sayang
Rupanya satu perkataan yang amat mudah diungkapkan
Rupanya satu frasa yang cukup ringkas dicoretkan
Semudah fitrah yang diberi Yang Maha Esa
Fitrah yang membentuk kehidupan
Membina kekuatan dalam diri insan
Namun, mampu jua ia mematikan akal fikiran
Mengikat erat laluan rasional minda
Memesong peribadi diri yang hakiki

Namun, sayang itu terlalu lain buat diriku
Bukan mudah ia diungkapkan, dibuktikan
Hanya yang tertentu akan memiliki sayang itu
Insan yang benar-benar mampu membawa diriku ke jalan yang benar
Insan yang mampu melebarkan ketenangan jiwa di sanubariku
Satu ungkapan yang sukar untukku ungkapkan
Namun akan kerap diungkap bagi yang memilikinya

Sayang..kerana sayang
Lahirnya cinta, rindu, kasih, simpati
Satu ikatan yang kuat untuk dirungkaikan
Sayang..kerana sayang
Hilangnya benci, dendam, hasad, sakit
Dileraikan kerana adanya sayang

Sayang..kini sayang..
Membuatkan hatiku mati
Membuatkan jiwaku merana
Membuatkan fizikalku melara
Kerana sayang ini terlalu mengecewakan diriku
Tiadanya balasan setimpal sebagaimana yang ku beri
Tiadanya sayang seikhlas sayangku pada mereka

Sayang..ungkapan ini
Terlalu sakit untuk ku tanamkan dalam hati
Terlalu berat lidahku untuk mengungkapkannya lagi
Terlalu terseksa jiwaku untuk ku serahkan pada yang kasih
Kerana sayang...
Membuatkan aku takut
Takut dikecewakan
Takut disakiti
Takut untukku ku terima torehan hati lagi
Takut diriku mati untuk teruskan hakiki hidup ini

Kerana sayang..
Hanya aku yang memahaminya buat diriku
Hanya Dia yang mengerti bilakah lagi ada waktu untukku menyerahkan sayang itu
Telah ku semadikan ia dihati ini
Untuk disuburkan semula pada yang berdaya
Sayang...ia tak mudah lagi untukku ungkapkan..





Monday, July 25, 2011

Aku Terlupa


Aku terlupa lagi, hari ini terkandas lagi bahteraku untuk terus menyelusuri lautan hebat ini, terlalu jauh lagi perjalanan ini, perjalanan yang aku sendiri tidak tahu dimana pelabuhannya, dalam kekaburan akibat aku terlupa, dapat ku lihat hati-hati yang kecewa, kecewa dek kegagalan aku mengemudi bahteraku sendiri. Terlalu besar harapan hati-hati ini untuk melihat aku mengakhiri pelayaranku dengan kegembiraan. .. kerana terlupa, hati-hati itu kecewa lagi, aku terlupa, terlupa untuk menjaga bicaraku, satu persatu patah bicaraku menguris hati-hati itu. Bicaraku itu bagaikan anak panah tajam yang memecahkan dinding bahteraku, memudahkan aku karam, karam kerana keterlupaanku, kerana perbuatanku..  Kerana terlupa, aku turut menangis, kepedihan hati bagaikan jutaan jarum menusuk seluruh tubuh aku, seolah satu hukuman kerana kelalaian ini, aku tahu tiada apa yang dapat mengubati cebisan hati ini,. Kelalaian ini membawa aku ke dunia kerosakan, tiada hati, tanpa bicara, kelu lidah, kaku jasad untukku teruskan hidup ini.. kerana terlupa, aku gagahkan jasad yang goyah ini, mengemudi bahteraku yang terhenti, dek takut ia karam, aku kerahkan segala daya yang ada, sendiri lagi aku kemudi ia kembali. Dengan kesakitan dan keperitan yang singgah di hati ini.. kerana terlupa, aku menangis, menyesali segala kelemahan yang aku miliki..hakikatnya aku tak mampu untuk mengemudi bahteraku seorang diri. Kerana keterlupaan ini, aku mencari hati-hati itu kembali, menangih sedikit belas simpati untuk sama-sama menamatkan pelayaranku, walaupun hati-hati itu sudah terluka, bagaikan kain layar yang dipanah petir, tiada lagi ruang untuk dijahit atau diperbaiki..aku hampa, tetapi hati-hati itu tidak sama sekali menyisihkan aku pergi, dengan layar hati mereka yang terkoyak itu, aku masih lagi dipeluk erat, aku masih lagi dikucup sayang, saat itu, aku masih jua terlupa, apa yang hati-hati berikan ini takkan dapat membantu aku mengemudi bahteraku,. Hati-hati itu hanya mampu memberikan kekuatan untuk aku, aku terlupa, aku perlu mengemudi bahteraku sendiri sehingga ke akhir pelayaran ini. Aku terlupa, sepanjang pelayaran inilah hidupku, kesempatan yang aku ada untuk ku kumpulkan harta hingga ke akhir pelayaranku… menebus segala kesakitanku sepanjang pelayaran ini dengan harta-harta yang aku kumpul ini..aku masih jua terlupa, harta ini milik Yang Maha Esa, dan aku adalah hartanya yang paling berharga untuk ku pulangkan di akhir pelayaran ini...akan ku  terus kemudi bahteraku ini sehingga akhirnya dan akan ku serahkan hartaNya yang berharga ini dengan segera, agar aku takkan terlupa lagi..dan aku tak mahu terlupa lagi…




Sunday, July 10, 2011

Saat itu…


Saat tubuhku terbujur di situ
Satu bayangan dapat ku rasai
Sekalian saudara, rakan taulan mengelilingiku
Dengan wajah sayu
Mengucup dahiku satu persatu
Mengusap rambutku yang kering mengurai
Dibasahi dengan linangan air mata mereka
Dengan kata-kata yang memilukan semua
Dengan bacaan yang menyentap hatiku seketika
Aku masih jua terkaku, tanpa bicara
Hanya mampu memerhati dari sudut ruang tamu itu
Dengan tangisan yang memeritkan aku
Melihat jasadku diratapi sebegitu
Tubuhku diusung dibawa ke sana
Dengan lembut tubuhku diusap, dibasahi dengan air wangian
Lembut baunya membuatku aku tenang
Lalu tubuhku diselimutkan, dibaluti dengan kain yang bersih
Tiada lagi senyuman dapat ku lihat dari wajah mereka
Saat ikatan yang terakhir, aku dapat merasakan kehadirannya
Datang mengucup dahiku dengan penuh kasih sayang
Melemparkan senyuman manis dan terus hilang di awangan
Aku bahagia kerna aku tahu dia siapa
Andai ini petandanya, kita akan bersatu disana
Semoga kau bahagia dan terus gembira menantiku sayang……



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

1996-1999

1996-1999

1999-2001

1999-2001

2002-2005

2002-2005

2006

2006

2007-2008

2007-2008

UPSI 2009-Sekarang

UPSI 2009-Sekarang