Pages

Monday, July 25, 2011

Aku Terlupa


Aku terlupa lagi, hari ini terkandas lagi bahteraku untuk terus menyelusuri lautan hebat ini, terlalu jauh lagi perjalanan ini, perjalanan yang aku sendiri tidak tahu dimana pelabuhannya, dalam kekaburan akibat aku terlupa, dapat ku lihat hati-hati yang kecewa, kecewa dek kegagalan aku mengemudi bahteraku sendiri. Terlalu besar harapan hati-hati ini untuk melihat aku mengakhiri pelayaranku dengan kegembiraan. .. kerana terlupa, hati-hati itu kecewa lagi, aku terlupa, terlupa untuk menjaga bicaraku, satu persatu patah bicaraku menguris hati-hati itu. Bicaraku itu bagaikan anak panah tajam yang memecahkan dinding bahteraku, memudahkan aku karam, karam kerana keterlupaanku, kerana perbuatanku..  Kerana terlupa, aku turut menangis, kepedihan hati bagaikan jutaan jarum menusuk seluruh tubuh aku, seolah satu hukuman kerana kelalaian ini, aku tahu tiada apa yang dapat mengubati cebisan hati ini,. Kelalaian ini membawa aku ke dunia kerosakan, tiada hati, tanpa bicara, kelu lidah, kaku jasad untukku teruskan hidup ini.. kerana terlupa, aku gagahkan jasad yang goyah ini, mengemudi bahteraku yang terhenti, dek takut ia karam, aku kerahkan segala daya yang ada, sendiri lagi aku kemudi ia kembali. Dengan kesakitan dan keperitan yang singgah di hati ini.. kerana terlupa, aku menangis, menyesali segala kelemahan yang aku miliki..hakikatnya aku tak mampu untuk mengemudi bahteraku seorang diri. Kerana keterlupaan ini, aku mencari hati-hati itu kembali, menangih sedikit belas simpati untuk sama-sama menamatkan pelayaranku, walaupun hati-hati itu sudah terluka, bagaikan kain layar yang dipanah petir, tiada lagi ruang untuk dijahit atau diperbaiki..aku hampa, tetapi hati-hati itu tidak sama sekali menyisihkan aku pergi, dengan layar hati mereka yang terkoyak itu, aku masih lagi dipeluk erat, aku masih lagi dikucup sayang, saat itu, aku masih jua terlupa, apa yang hati-hati berikan ini takkan dapat membantu aku mengemudi bahteraku,. Hati-hati itu hanya mampu memberikan kekuatan untuk aku, aku terlupa, aku perlu mengemudi bahteraku sendiri sehingga ke akhir pelayaran ini. Aku terlupa, sepanjang pelayaran inilah hidupku, kesempatan yang aku ada untuk ku kumpulkan harta hingga ke akhir pelayaranku… menebus segala kesakitanku sepanjang pelayaran ini dengan harta-harta yang aku kumpul ini..aku masih jua terlupa, harta ini milik Yang Maha Esa, dan aku adalah hartanya yang paling berharga untuk ku pulangkan di akhir pelayaran ini...akan ku  terus kemudi bahteraku ini sehingga akhirnya dan akan ku serahkan hartaNya yang berharga ini dengan segera, agar aku takkan terlupa lagi..dan aku tak mahu terlupa lagi…




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

1996-1999

1996-1999

1999-2001

1999-2001

2002-2005

2002-2005

2006

2006

2007-2008

2007-2008

UPSI 2009-Sekarang

UPSI 2009-Sekarang