Ramadhan ini, tiada kata seindah mampu dan akan ku ukirkan lagi, ku hanya mahu panjatkan setinggi-tinggi kesyukuranku pada yang Esa kerana saat ini aku masih lagi bernafas..Kerana nafas ini mungkin kemarin atau sebelumnya sudahpun putus di saat ini, tapi kerana adanya kasih sayangMu Ya Allah, Kau masih beri peluang untukku bernafas, bernafas dalam duniaku yang hanya memilikiMu disisiku.
Ramadhan ini, dengan kudratku yang masih tersisa pada jasad ini, aku meniti kehidupanku selikunya, tak pernah ku alami perasaan dan kelapangan dadaku yang bebas menyelusuri hidupku yang hanya memiliki diriMu sebagai penemanku. Aku mengerti, saat ini, tiada siapa lagi mampu memahamiku selainMu Ya Allah..Aku memiliki diriku keranaMu, Aku memelihara maruahku keranaMu
Ramadhan ini, sekali lagi aku mahu bertekad, dan aku harap aku mampu lakukan tekad ini tanpa pengaruh sesiapapun lagi, ku anggapkan apa yang telah ku alami dan akan ku alami tak akan ku kesali lagi, kerana ini adalah pilihanku semata dan dengan penerimaan dan takdirMu Ya Allah
Ramadhan ini, ku harapkan tiada lagi titsan airmata kesedihan meratapi kehiduipanku, menyesali segala perbuatanku, menyesali perbuatan insan lain terhadapku...tapi Ya Allah, ingin sekali aku menangis kegembiraan, kesyukuranku kerana Engkau mengasihiku, Engkau menyayangiku dengan limpahan dan dugaanMu terhadapku..kerana itu, aku mahu bersyukur sekiranya apa yang ku lalui ini sebagai penghapus dosa-dosaku yang lalu
Ramadhan ini, seandainya kudrat ini sudah tidak mampu lagi digagahkan, seandainya tubuh ini sudah goyah untuk didirikan, ingatkanlah aku pada mautMu, tempat keabdian diriku untukMu...dan aku tak sabar untuk ku nantikan saat itu..
Ramadhan ini, hasratku untukku abdikan diriku padaMu, walau sehebat manapun ujian dariMu Ya Allah, hakikinya tetap akan ku lalui, kekhilafanku akan ku perbaiki, biarlah tiada siapapun nampak, biarlah tiada siapapun hargai, biarlah tiada siapapun merasainya, yang pasti aku tahu Engkau mengetahuinya, setiap hembus nafasku, hanya Engkau yang memiliki segala yang berlalu pada roh ini
Ramadhan ini, mudah-mudahan mampu ku padamkan khilafku pada sekalian insan, yang mengenali ataupun tidak, mudah-mudahan mampu ku hapuskan dendam dan kekecewaan yang aku simpan selama ini, mudah-mudahan masih ada ruang aku dimaafkan atas kesalahanku, masih diberi peluang untuk diriku menjadi yang baru..
Ramadhan ini...agar ia berakhir dengan sejuta makna buat diriku....
No comments:
Post a Comment