Pages

Friday, August 19, 2011

Ibadah Puasa, hikmah lapar dan dahaga..

1. Proses mencapai matlamat.
Puasa diwajibkan bagi membentuk insan yang bertaqwa dan bersabar. Semasa berpuasa, sistem penghadaman akan dikosongkan daripada sebarang makanan dan minuman, Kelaparan dan rasa dahaga akan mengajar manusia banyak perkara
     Rasululllah s.a.w bersabda "Berpuasalah, nescaya kamu akan sihat". Ini jaminan Rasulullah bahawa amalan berpuasa dengan meninggalkan makan dan minum di siang hari mampu memberi kesihatan yang baik kepada pengamalnya. Hikmah ini hanya dirasai apabila syariat puasa diamalkan mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.


2. Merehatkan organ dan meremajakan sel.
Apabila berpuasa, organ-organ dalaman terutamanya dalam sistem penghadaman dapat direhatkan, jika sebelum inisemua organ dipaksa bekerja tanpa henti, maka dengan berpuasa organ-organ ini berkesempatan untuk berehat.
Puasa juga membolehkan tubuh badan dibersihkan daripada bahan-bahan yang tidak diperlukan. Pembersihan ini akan dapat meremajakan kembali sel-sel tubuh badan. Hati umpamanya, menyimpan zat gula yang hany akan digunakan semasa kecemasan. Semasa berpuasa, zat gula yang ada di dalam hati akan bergerak menuju ke pembuluh darah dan dimanfaatkan oleh organ-organ lain. Begitu juga zat lemak yang berada di bawah lapisan kulit. Ia usaha yang paling mudah untuk mencegah kelebihan zat lemak dalam badan yang mendatangkan kegemukan dan penyakit lain.


3. Adab makan minum yang diperolehi secara tak langsung.
Islam mengajar umatnya tentang tatacara makan minum khususnya pada bulan puasa. Rasulullah s.a.w berpesan "Apabila seseorang itu hendak berbuka, hendaklah berbuka dengan tamar kerana tamar itu berkat. Sekiranya tidak ada tamar maka berbukalah dengan air kerana air itu suci". Amalan bersahur menjadi sunnah yang penting dalam bulan puasa, Rasulullah mengingatkan "Hendaklah kamu makan sahur kerana sahur memberi berkat".Rasulullah juga mengajar umatnya "Seseorang itu akan sentiasa dalam keadaan baik ia segera berbuka apabila masuk waktunya dan melambatkan makan sahur".


4. Menjana kecerdasan emosi dan spiritual.
Menurut Ibn Qayyim al-Jauziah, "sesungguhnya perut apabila dipenuhi dengan makanan akan menyempitkan ruang untuk minuman dan sekiranya perut dipenuhi dengan minuman, ia akan menyempitkan ruang untk bernafas, ketika itu ia akan terdedah kepada kesakitan dan keletihan". Hal ini akan menyebabkan kerosakan hati dan mendatangkan kemalasan untuk beribadah. Ketika itu, nafsu akan berkobar-kobar dan inilah yang sering berlaku apabila kekenyangan menyerang seseorang
Imam Al-Ghazali berkata" kekenyangan akan meneybabkan hawa nafsu bergelora dan mendatangkan pelbagai penyakit".
Nabi Yusuf a.s sentiasa berpuasa dan apabila ditanya mengapa baginda berpuasa,baginda menjawab "akau takut kekenyangan kerana kekenyangan itu boleh melupakan nasib orang-orang yang lapar".
Untuk menguatkan perasaan dan jiwa, hendaklah dijadikanpuasa itu sebagai pokok atau dasar hidup, kerana ia akan menjadi cara yang berkesan untuk meninggikan pengaruh rohaniah ke ata jasmaniah. Dengan demikian, manusia boleh menguasai dirinya sendiri, sebaliknya ia tidak menjadi hamba kepada naluri kebendaan.


5. Yakin kepada janji Allah s.w.t
Islam menentapkan rasa lapar dan dahaga bukan sekadar mencapai matlamat tetapi ia sebagai suatu pendekatan untuk mendidik manusia menjadi individu yang lebih tinggi daya tahan dan daya juang.Ia akan mendidik jiwa individu untuk mendekatkan diri kepada Penciptanya






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

1996-1999

1996-1999

1999-2001

1999-2001

2002-2005

2002-2005

2006

2006

2007-2008

2007-2008

UPSI 2009-Sekarang

UPSI 2009-Sekarang