Pages

Friday, December 10, 2010

Mengapa Wujudnya??...



Mengapa wujudnya kelahiran?
sedangkan aku tahu hidup ini penuh dugaan
sedangkan aku tahu dunia ini penuh cabaran
sedangkan aku tahu sekelilingku penuh godaan
sedangkan aku tahu hidup tak seindah ku inginkan
yang pasti ku tahu
kematian tetap satu kemestian

Mengapa wujudnya pertemuan?
sedangkan aku tahu aku wujudkan perhubungan
sedangkan aku tahu akan wujudnya sayang
sedangkan aku tahu akan terbinanya senyuman
sedangkan aku tahu wujud rasa kebergantungan
paling takut untuk aku tahu akan adanya kehilangan
aku sakit dengan perpisahan

Mengapa wujudnya rasa sayang?
sedangkan aku tahu aku perlukannya
sedangkan aku tahu akan wujudnya ikatan
sedangkan aku tahu akan adanya halangan
sedangkan aku tahu adanya gurisan perasaan
sedangkan aku tahu akan diberi ujian
yang tetap ku tahu
inilah tanda sayangNya Dia pada aku

Mengapa wujudnya rasa benci?
sedangkan aku tahu amat menyakitkan
sedangkan aku tahu aku dikhianati
sedangkan aku tahu aku akan tangiskan
sedangkan aku tahu aku langsung tak merelakan
yang pasti ku tahu dan mahu semua tahu
aku cuba selindungkan sayang yang tak mampu ku ungkapkan...







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

1996-1999

1996-1999

1999-2001

1999-2001

2002-2005

2002-2005

2006

2006

2007-2008

2007-2008

UPSI 2009-Sekarang

UPSI 2009-Sekarang