Pages

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Ini

Esok, bermulalah bulan Ramadhan untuk tahun ini, ku harapkan keberkatannya melimpahi seluruh alam fana ini. hari-hari yang berlalu ini membuatkan aku sedar betapa agungnya duniawi yang dikurniakan ini, terlalu kerdil diriku jika dibandingkan dengan selautan dunia yang amat menakutkan kini. terlalu banyak salah dan khilafku pada diriku, pada keluargaku, pada insan-insan yang ku sayangi. terlalu mudah bingkisan kata-kata dilemparkan ke atas diriku..namun semua itu telah menghidupkan diri aku ini, diri yang baru..Diri yang akan mematikan episod hidupku lalu, melangsaikan drama tragis yang tak mungkin aku ulangi lagi.
Ramadhan ini, tiada kata seindah mampu dan akan ku ukirkan lagi, ku hanya mahu panjatkan setinggi-tinggi kesyukuranku pada yang Esa kerana saat ini aku masih lagi bernafas..Kerana nafas ini mungkin kemarin atau sebelumnya sudahpun putus di saat ini, tapi kerana adanya kasih sayangMu Ya Allah, Kau masih beri peluang untukku bernafas, bernafas dalam duniaku yang hanya memilikiMu disisiku.
Ramadhan ini, dengan kudratku yang masih tersisa pada jasad ini, aku meniti kehidupanku selikunya, tak pernah ku alami perasaan dan kelapangan dadaku yang bebas menyelusuri hidupku yang hanya memiliki diriMu sebagai penemanku. Aku mengerti, saat ini, tiada siapa lagi mampu memahamiku selainMu Ya Allah..Aku memiliki diriku keranaMu, Aku memelihara maruahku keranaMu
Ramadhan ini, sekali lagi aku mahu bertekad, dan aku harap aku mampu lakukan tekad ini tanpa pengaruh sesiapapun lagi, ku anggapkan apa yang telah ku alami dan akan ku alami tak akan ku kesali lagi, kerana ini adalah pilihanku semata dan dengan penerimaan dan takdirMu Ya Allah
Ramadhan ini, ku harapkan tiada lagi titsan airmata kesedihan meratapi kehiduipanku, menyesali segala perbuatanku, menyesali perbuatan insan lain terhadapku...tapi Ya Allah, ingin sekali aku menangis kegembiraan, kesyukuranku kerana Engkau mengasihiku, Engkau menyayangiku dengan limpahan dan dugaanMu terhadapku..kerana itu, aku mahu bersyukur sekiranya apa yang ku lalui ini sebagai penghapus dosa-dosaku yang lalu
Ramadhan ini, seandainya kudrat ini sudah tidak mampu lagi digagahkan, seandainya tubuh ini sudah goyah untuk didirikan, ingatkanlah aku pada mautMu, tempat keabdian diriku untukMu...dan aku tak sabar untuk ku nantikan saat itu..
Ramadhan ini, hasratku untukku abdikan diriku padaMu, walau sehebat manapun ujian dariMu Ya Allah, hakikinya tetap akan ku lalui, kekhilafanku akan ku perbaiki, biarlah tiada siapapun nampak, biarlah tiada siapapun hargai, biarlah tiada siapapun merasainya, yang pasti aku tahu Engkau mengetahuinya, setiap hembus nafasku, hanya Engkau yang memiliki segala yang berlalu pada roh ini
Ramadhan ini, mudah-mudahan mampu ku padamkan khilafku pada sekalian insan, yang mengenali ataupun tidak, mudah-mudahan mampu ku hapuskan dendam dan kekecewaan yang aku simpan selama ini, mudah-mudahan masih ada ruang aku dimaafkan atas kesalahanku, masih diberi peluang untuk diriku menjadi yang baru..
Ramadhan ini...agar ia berakhir dengan sejuta makna buat diriku....






Friday, July 29, 2011

Sayang


Sayang
Rupanya satu perkataan yang amat mudah diungkapkan
Rupanya satu frasa yang cukup ringkas dicoretkan
Semudah fitrah yang diberi Yang Maha Esa
Fitrah yang membentuk kehidupan
Membina kekuatan dalam diri insan
Namun, mampu jua ia mematikan akal fikiran
Mengikat erat laluan rasional minda
Memesong peribadi diri yang hakiki

Namun, sayang itu terlalu lain buat diriku
Bukan mudah ia diungkapkan, dibuktikan
Hanya yang tertentu akan memiliki sayang itu
Insan yang benar-benar mampu membawa diriku ke jalan yang benar
Insan yang mampu melebarkan ketenangan jiwa di sanubariku
Satu ungkapan yang sukar untukku ungkapkan
Namun akan kerap diungkap bagi yang memilikinya

Sayang..kerana sayang
Lahirnya cinta, rindu, kasih, simpati
Satu ikatan yang kuat untuk dirungkaikan
Sayang..kerana sayang
Hilangnya benci, dendam, hasad, sakit
Dileraikan kerana adanya sayang

Sayang..kini sayang..
Membuatkan hatiku mati
Membuatkan jiwaku merana
Membuatkan fizikalku melara
Kerana sayang ini terlalu mengecewakan diriku
Tiadanya balasan setimpal sebagaimana yang ku beri
Tiadanya sayang seikhlas sayangku pada mereka

Sayang..ungkapan ini
Terlalu sakit untuk ku tanamkan dalam hati
Terlalu berat lidahku untuk mengungkapkannya lagi
Terlalu terseksa jiwaku untuk ku serahkan pada yang kasih
Kerana sayang...
Membuatkan aku takut
Takut dikecewakan
Takut disakiti
Takut untukku ku terima torehan hati lagi
Takut diriku mati untuk teruskan hakiki hidup ini

Kerana sayang..
Hanya aku yang memahaminya buat diriku
Hanya Dia yang mengerti bilakah lagi ada waktu untukku menyerahkan sayang itu
Telah ku semadikan ia dihati ini
Untuk disuburkan semula pada yang berdaya
Sayang...ia tak mudah lagi untukku ungkapkan..





Monday, July 25, 2011

Aku Terlupa


Aku terlupa lagi, hari ini terkandas lagi bahteraku untuk terus menyelusuri lautan hebat ini, terlalu jauh lagi perjalanan ini, perjalanan yang aku sendiri tidak tahu dimana pelabuhannya, dalam kekaburan akibat aku terlupa, dapat ku lihat hati-hati yang kecewa, kecewa dek kegagalan aku mengemudi bahteraku sendiri. Terlalu besar harapan hati-hati ini untuk melihat aku mengakhiri pelayaranku dengan kegembiraan. .. kerana terlupa, hati-hati itu kecewa lagi, aku terlupa, terlupa untuk menjaga bicaraku, satu persatu patah bicaraku menguris hati-hati itu. Bicaraku itu bagaikan anak panah tajam yang memecahkan dinding bahteraku, memudahkan aku karam, karam kerana keterlupaanku, kerana perbuatanku..  Kerana terlupa, aku turut menangis, kepedihan hati bagaikan jutaan jarum menusuk seluruh tubuh aku, seolah satu hukuman kerana kelalaian ini, aku tahu tiada apa yang dapat mengubati cebisan hati ini,. Kelalaian ini membawa aku ke dunia kerosakan, tiada hati, tanpa bicara, kelu lidah, kaku jasad untukku teruskan hidup ini.. kerana terlupa, aku gagahkan jasad yang goyah ini, mengemudi bahteraku yang terhenti, dek takut ia karam, aku kerahkan segala daya yang ada, sendiri lagi aku kemudi ia kembali. Dengan kesakitan dan keperitan yang singgah di hati ini.. kerana terlupa, aku menangis, menyesali segala kelemahan yang aku miliki..hakikatnya aku tak mampu untuk mengemudi bahteraku seorang diri. Kerana keterlupaan ini, aku mencari hati-hati itu kembali, menangih sedikit belas simpati untuk sama-sama menamatkan pelayaranku, walaupun hati-hati itu sudah terluka, bagaikan kain layar yang dipanah petir, tiada lagi ruang untuk dijahit atau diperbaiki..aku hampa, tetapi hati-hati itu tidak sama sekali menyisihkan aku pergi, dengan layar hati mereka yang terkoyak itu, aku masih lagi dipeluk erat, aku masih lagi dikucup sayang, saat itu, aku masih jua terlupa, apa yang hati-hati berikan ini takkan dapat membantu aku mengemudi bahteraku,. Hati-hati itu hanya mampu memberikan kekuatan untuk aku, aku terlupa, aku perlu mengemudi bahteraku sendiri sehingga ke akhir pelayaran ini. Aku terlupa, sepanjang pelayaran inilah hidupku, kesempatan yang aku ada untuk ku kumpulkan harta hingga ke akhir pelayaranku… menebus segala kesakitanku sepanjang pelayaran ini dengan harta-harta yang aku kumpul ini..aku masih jua terlupa, harta ini milik Yang Maha Esa, dan aku adalah hartanya yang paling berharga untuk ku pulangkan di akhir pelayaran ini...akan ku  terus kemudi bahteraku ini sehingga akhirnya dan akan ku serahkan hartaNya yang berharga ini dengan segera, agar aku takkan terlupa lagi..dan aku tak mahu terlupa lagi…




Sunday, July 10, 2011

Saat itu…


Saat tubuhku terbujur di situ
Satu bayangan dapat ku rasai
Sekalian saudara, rakan taulan mengelilingiku
Dengan wajah sayu
Mengucup dahiku satu persatu
Mengusap rambutku yang kering mengurai
Dibasahi dengan linangan air mata mereka
Dengan kata-kata yang memilukan semua
Dengan bacaan yang menyentap hatiku seketika
Aku masih jua terkaku, tanpa bicara
Hanya mampu memerhati dari sudut ruang tamu itu
Dengan tangisan yang memeritkan aku
Melihat jasadku diratapi sebegitu
Tubuhku diusung dibawa ke sana
Dengan lembut tubuhku diusap, dibasahi dengan air wangian
Lembut baunya membuatku aku tenang
Lalu tubuhku diselimutkan, dibaluti dengan kain yang bersih
Tiada lagi senyuman dapat ku lihat dari wajah mereka
Saat ikatan yang terakhir, aku dapat merasakan kehadirannya
Datang mengucup dahiku dengan penuh kasih sayang
Melemparkan senyuman manis dan terus hilang di awangan
Aku bahagia kerna aku tahu dia siapa
Andai ini petandanya, kita akan bersatu disana
Semoga kau bahagia dan terus gembira menantiku sayang……



Wednesday, June 22, 2011

Aku Pergi Tinggalkan Mereka


Satu detik, satu ketika
Hati memberontak, jiwa menangis, fikiranku keliru
Lalu aku melangkah…berlalu..
Aku pergi..tinggalkan mereka
Tanpa sempat aku memeluk erat ibu tercinta
Aku pergi..tinggalkan mereka
Tanpa sempat aku lawan mengejek dengan kak Ha
Aku pergi tinggalkan mereka
Tanpa sempat aku mengusik abang aqiif
“terima kasih pakcik driver”
Aku pergi tinggalkan mereka
Tanpa sempat aku menampar pipi Qowi
“bye bye peah!”
Aku pergi tinggalkan mereka
Tanpa sempat aku salam dan cium pipi ayah
“ain sayang ayah”
Aku pergi tinggalkan mereka
Tanpa sempat aku jumpa dan bawa Along keluar jalan-jalan
Aku pergi tinggalkan mereka
Tanpa sempat aku mengucup Fitrah dan balasan flying kiss dari dia
Aku pergi tinggalkan mereka
Hanya dengan lambaian dan ciuman ummi
Lalu aku pergi tinggalkan mereka
Dengan linangan airmata…






Thursday, June 16, 2011

Make Me Strong

I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way


My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow

You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong





Takkan Ku Lupa..

Saat ini...jatuh lagi airmata ini...entah kenapa ini selalu berlaku sejak aku mengenali dia...bosan terkurung dalam penjara ini...td aku kumpulkn semua fon2 aku...setakat aku blajar kt upsi ni ada 4..dan kt tgn aku ni pn ada 4...ada lg 2 tp kt umah ayah....aku bukannya bnyk duit pn beli fon bnyk2 ni n aku xpenah pn beli fon...sb ayah penah warning aku, dia xnk tgk fon bru kt tgn aku selagi aku xhabis blajar..semua ni kakak abg bg..tiap kali blik umah mak mesti diorg ada fon bru, yg lama bg kt aku..aku ni dh cm muzium fon lak...biarlah, untung kt aku gak...
tp bukn sal fon yg aku nk ckp, tp isi dlam empat2 fon tu...td aku bukak satu2 fon tu...cek semua msg yg ada, bru aku ingat..sepanjang aku kenal dia, satu pn msg dia aku xpadam...aku baca semula satu persatu dr hari pertama aku msg dia, hr pertama aku mengenali dia...ada perasaan gembira, ada rs dihargai, ada rasa disayangi, n aku rs selamat ada dia, tp makin bnyk aku baca, makin bnyk yg terus lukakn hati aku...xpe, mgkin itu sebenarnya kekuatan yg dia nk bg pd aku...aku tekad aku xkn padam msg itu sampai bila2...
aku pn ambik diari yg pak sedara aku bg kt aku awal tahun lpas, hadiah aku dpt dekan exam masa tu..tp smpai sekarang aku xtulis ape2pn dlm diari tu..xpelah, hari ni aku akan guna, bukn nk wat diari aku, tp aku nk salin blik semua msg2 yg ada dlm semua fon ni..aku xnk lupa dia, aku xnk lupa semua pesanan dia..apepn yg dia penah ckp kt aku...satu persatu aku tulis blik lam diari tu dr hari pertama aku msg dia...tp smpai ke msg ke9 aku xmampu nk tulis lg..sepanjang aku tulis td aku menangis je, aku rindukn saat tu...saat mula2 aku kenal dia...dh xsama cm sekarang...kekuatan yg dia beri xpenah putus bt aku...setahun ini dh bnyk aku berubah tnpa aku sendiri sedar...wlpn bg dia aku tak berubah...xpelah...mhkin suatu hari nnti aku akn buktikn jgk...
apepn yg berlaku hidup aku sekarang, dia org pertama yg aku bgtau, bukn lg mak ayah aku..aku syg dia sgt2, wlpn aku rs apa yg dia penah bg dulu xsama dgn sekrg..mgkin dh smpai masa aku perlu keluar dr pekungan mengharap pd dia...wlpn selepas ni, andainya dia baca,..mgkin aku xtrima apa2 msg lg dr dia, aku faham kenapa...dia pn penah ckp dia ada kehidupan dia jgk, n dia xmampu nk puaskn hati semua org...n sekarang bnyk dugaan yg menimpa dia..aku harap dia kuat,tabah...itulah selalu dia ckp kt aku dulu..
sekarang, dlm keadaan cmni..nyawa di awangan..entahlah...mgkin msg2 yg ada ni bleh kuatkn aku wlpn susah dh aku nk bckp ngn dia sekarang..aku rndu sgt kt dia, nk sgt dia ada ngn aku skrg...aku perlukn dia skrg..ain perlukan cik..maafkn ain cik...(T_T)





Tuesday, June 14, 2011

Andainya Diberi Sedetik Lagi

Ya Allah...
andai sudah tiba masanya
andai sudah ku tahu kehadirannya
berikanlah aku senafas lagi
berikan aku sedetik lagi
ku mahu lakukan semua ini

sujud taubatku untukMu
ingin sekali lagi aku
sujud di kedua2 telapak kaki ibuku
ingin sekali lagi aku
memberi ciuman terakhir dipipi ayah
ingin sekali lagi aku
menguraikan airmata buat insan yang ku sayang
ingin sekali lagi aku
memeluk erat kakak abangku
ingin sekali lagi aku
mengucup dahi adik-adikku sepuasnya
ingin sekali lagi aku
salam dan lambaian buat teman-temanku
ingin sekali lagi aku
mengucapkan ketulusan sayang dan cinta aku pd mereka

Ya Allah Ya Tuhanku
andainya ku perolehi sedetik ini
ingin sekali lagi aku
mengungkapkan kata-kata yg sukar dihatiku
aku redha dengan setiap ketentuanMu
bertuahnya diriku menjadi hambaMu..






Monday, June 13, 2011

Ain Sayang Ayah...

hmmmm...kadang-kadang rasa susahnye jd seorang anak ni...xtaula nk sesempurna cmne lg...salah ke kalau ain nk bersikap adil?...ain sgt2 xfaham sikap ayah...knp perlu bersikap dgn ain cmni?...ayah, ain ada pilihan hidup ain...rs cm sia2 je ain wish hari bapa kat ayah, terdetik dh dalam hati ni nk beli something kt ayah...ain syg ayah...syg sgt2...tp sampai ati ayah langsung xnk ckp ngn ain...salah ape ain ni ayah...kalu krn ain balik umah mak, mmg sgt2 xmunasabah...dia mak ain...ain ada tanggungjawab jgk untuk dia...ain syg dua2...kalau krn ayah nk marahkan Ha, Aqiif n Kowi, jgnlah ain jd mangsa...sedih ain ayah wat gini...ain msg ayah xbalas, ain call pn ayah xjawab...lpas tu off fon...ayah, sejak kecik lg ain hdup berkorban untuk ayah,..apepun ain bt untuk kebahagiaan ayah...malas sgt dh ain nk mengungkit semua ni...tp ayah dh bt ain rs menyesal...ayah hanya fikirkan ayah, fikirkn hati ayah, tp perasaan ain ayah penah fikir x selama ni...telinga ain ni dh sakit dgr mcm2 mak ckp sal ayah...ain try nk backup tp semua yg mak ckp tu mmg betul....knp ayah...knp ain xleh nk ckp terus terang gini kt ayah?..kedu lidah ni ayah, nk pertahankan semua ni...ain xnk jd anak derhaka, xnk lawan ckp ayah...cukuplah ain ni xmampu jd anak yg baik n sempurna seperti ayah nak, tp ain xkn derhaka kat ayah...ain sentiasa cuba bt yg terbaik tuk keluarga kita...sebenarnye ain rs gembira sgt2 tgk ayah bahagia ngn ummi...ada yg dh jaga ayah dgn baik, jaga adik fitrah dgn kasih syg..tp kalu sikap ayah xbrubah...sampai bila2pn anak2 ayah xkn blik pd ayah...mungkin ain je yg bleh tahan ngn sikap ayah...satu je ain mntak, cubalah ayah letak sekejap diri ayah di tempat ain, di tempat anak2 ayah sekarang ni, ayah akan rasa apa yg kami lalui,..sikitpn kami xtrima kehidupan kami cmni,,....apepn ayah...ain syg ayah...Selamat Hari Bapa...







Friday, May 27, 2011

SEmalam Yang Pergi

menangis...sampai bila nak menangis ain?...itu yg tiap kali dia ucapkan bila dia tahu aku menangis...semalam yg begitu nikmat buatku dh pergi..kehadiran dia membuatkan aku sangat gembira...entah kenapa, tiada apa yg lebih bermakna drpd dapat menatap wajah dia...terima kasih Ya Allah kerana mengabulkan doa ini dan memberi peluang untuk melihat senyumannya....
pd sebelah malamnya, dia dtg lg...aku gembira sgt...aku mampu ketawa, bergelak ceria dgn kawan...hnya kerana aku merasakan dia dekat dengan aku...semasa dia berucap, entah kenapa begitu sebak perasaan ini...masih terngiang-ngiang di telinga "kalau perlukan bantuan apa2, crlah sy, crlah dimana2 sy ada, insyaallah sy bantu"..bagai dh tiada ruang untuk dia di upsi ni...aku cuma diam, xmampu nk bercakap apa2...kuat aku hipokritkn diri aku depan dia supaya dia xtahu aku sebenarnya dlm kesedihan...
ketika hantar dia ke kereta, rasakan diri ini berjalan tanpa berpijak bumi, terlalu singkat masa yg Allah bg buat kami...rs terlalu perit untuk menghadapi semua ini...menatap wajah org yg kita syg, berbicara dgn dia...tp kita dh tahu selepas ini kita kehilangannya...entah bila lg aku dpt jumpa dia...aku rs putus asa, hilang semangat untuk lalui semua ini...kenapa Ya Allah?...kenapa harus dia?...dan kalau betul ini yg berlaku...bantulah aku Ya Allah, hilangkan perasaan ini pd dia..lupakanlah fikiranku tentang dia...Kau buatlah apa yg Engkau mampu lakukan...aku redha dan pasrah...







Wednesday, May 25, 2011

Bingkisan Buat Bonda...Semoga Kau Tabah...



air matamu yang jatuh di sebalik senyumanmu...
walaupun ku tak mengerti
walaupun ku tak tahu
walaupun ku tak fahami
setiah langkah sengsara yang kau lalui
namun hati aku tetap berkata
engkau sentiasa tabah...

gurisan hati di sebalik kata-kata semangatmu buat aku...
walaupun aku tak mampu meneka
walaupun aku tak mampu menahan
walaupun aku tak mampu menilai
entah kenapa keadaan ini terjadi
namun hati aku tetap memahami
engkau sentiasa kuat harungi semua ini

kesakitan di sebalik kasih sayangmu buat aku...
walaupun tak terdaya ku ubati
walaupun tak sikit pun ku alami
walaupun tak siapa mampu menganti
perjuangan yang sentiasa kau lalui sendiri
namun hati ini tetap mendoakan
yang terbaik buatmu..
semoga dirimu sentiasa tabah dan kuat harungi semua ini
bonda....sayang dirimu selamanya..... 




Wednesday, May 18, 2011

Kata-Kata Kejayaan


“seseorang yang berjaya tidak pernah menyerah dan orang yang menyerah tidak pernah berjaya”

“kejayaan lebih berakar pada sikap dan bukannya bakat”

“Kejayaan ditemui cuma oleh orang berusaha bersungguh-sungguh mencarinya”

“Kejayaan dan kegagalan adalah pilihan. Pilihlah untuk berjaya”

“tidak ada seorang pun dapat menghalang anda untuk berjaya kecuali diri anda sendiri”

“langkah pertama untuk kejayaan ialah mahu dan berminat untuk berjaya”

“kejayaan dalam sesuatu hal kecil akan menarik kejayaan lebih besar dalam kehidupan”

“semua manusia ditakdirkan untuk berjaya, jika mereka mempunyai kemahuan dan kesanggupan untuk membayar harganya”
“kejayaan anda bergantung kepada sejauh mana anda mampu membantu menjayakan orang lain”

“orang yang berjaya dalam hidup orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang”

“harta akan habis digunakan ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan”

“kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran”

“berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik”

“tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa”









SaHaBaT



Biarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi

Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat...
kau sesungguhnya
Temanku...
dikala suka dan lara

Tika ku buntu
diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum
mengukir senyuman

Bagaikan embun
hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada rentap kasih

Biarlah waktu menentukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir

Dan aku masih di sini
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku

Dan aku terus menanti
saat yang manis
akan berulang kembali

Sahabat...








Tuesday, May 17, 2011

Tengah gilakan cerita ASMARA 2..

salam semua...wah banyak sungguh nyamuk malam ni...hmmm...sekarang tgh tgk berita...sambil2 tunggu cerita asmara 2 mula...ni semua keje millah la ni...ajar aku tgk citer ni sampaikan dh gilakan cerita ni...punyalah nk tau jalan cerita sanggup aku tonton blik semua episod asmara dr musim pertama lg kt internet...citer ni memang best...tp sementara tunggu cerita ni mula..aku nk statekan lagu2 yg ada lam cerita ni...bg aku semua lagu2 yg ada lam cerita ni semua best2...hurmm...

6ixth Sense-Menyesal
Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri


Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi


Korus
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku
Hanya dirimu
Tulus cintaku


Ulang Korus
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku  

ni plak lagu yang aku paling suka...sgt bermakna erti lagu ni....
Syah Basree-Andai Itu Takdir Mu
Sinar mata hilang indah sinar
Bagai mengerti rasa
Dan suara
Pergi madah cinta
Namun apaku daya
Chorus
Andai itu takdirmu
Ku dakap redha
Hingga membawa dia
Ke syurga dengan yang Esa
Di sini kan ku
Ku mohon padamu
Doa kau selalu ku setulus kalbu
Ku serah segala padamu
Harapanku satu
Bisa adanya waktu
Berbicara tentang kisah kita
Tercipta penuh makna
Ku terima mungkin akhirnya
Jalani hidup kita
Ulang Chorus
Ku sujud atas kasihmu
Beri petunjuk untukku
Ku percaya
Untuk terus berharap sehingga ku mampu
Di sini kan ku
Ku mohon padamu
Doa kau selalu ku setulus kalbu
Ku serah segala padamu
Harapanku satu
Ada waktu
Ku serah segala padamu
Harapanku satu
Bisa ada kau waktu
Andai itu takdirmu

Muzzy-Hingga Akhir Nafasku
 Berikanlah aku
Sesuatu yang meyakinkan
Sesuatu yang takkan hilang
Yang terbaik untuk diriku
Tuk hidupku


Hulurkan tangan mu
Berikan ku keyakinan
Hingga akhir nafasku
Bila sampainya waktu
Terindah


Chorus:


Hingga akhir nanti
Ku hargai semua ini
Yang terindah
Yang tercipta
Dalam hidupku
Kisah hidup ini
Hingga ke akhir nafasku
Kan menjadi sejarah
Dalam hidupku


Takkan kau fahami
Apa yang tersirat di hati
Masa pantas berlalu pergi
Kenangan kan tetap di hati
Di hargai


Suatu hari nanti
Detik waktu kan terhenti
Hingga akhir nafasku
Bila sampai nya waktu terindah

Asfan-Terhenti Disini
Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu 
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami

Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi kerna ku masih terhenti di sini 
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini 


Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Dirimu menyalahkan sebuah erti

Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini 
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya

Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta


best2...ok lah...nk cau dulu..asmara dah start...daaa....











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

1996-1999

1996-1999

1999-2001

1999-2001

2002-2005

2002-2005

2006

2006

2007-2008

2007-2008

UPSI 2009-Sekarang

UPSI 2009-Sekarang