Pages

Sunday, May 15, 2011

Terimalah ia duhai hati...

malam ini sengaja aku tak nak lelapkan mata, macam2 berlegar2 dalam fikiranku...baru tadi aku keluar bersama kakak dan abangku, keluar membantu menyelesaikan masalah...satu persatu kejadian yang kami lalui dulu hadir dalam fikiranku...rasanya sedih sangat mengenangkan semua tu, tp aku cuba diamkan dan buat2 gembira depan diorang semua...singgah lepak n makan2 kt restoran...bersama sahabat yang sangat memerlukan kami sekarang...entah apa lagi yang akan berlaku selepas ini...apa yang pasti..kisah silam itu kembali menghambat hati aku...satu takdir kehidupan yg sehingga sekarang aku masih tak mampu untuk menerimanya dan aku pasti adik beradikku yang lain jugak xmampu terima semua ni...aku bukannya nak mengungkit kesedihan atau menagih simpati sape2...tp aku sgt2 terkilan dengan kesan yang kami adik beradik lalui selepas peristiwa tu berlaku...perpisahan mak ayah yang cukup memeritkan hidup kami yang tak pernah berenggang drpd kasih syg mak dan ayah...apa2 yang kami lalui dlm hidup kami dulu,..mak ayahlah tempat pertama kami mengadu...dan kami adik beradik sangat rapat antara satu sama lain...apabila ni semua berlaku...kami berpecah haluan...bukan saje berhadapan dengan kehilangan salah seorang drpd mak ayah, tp juga berhadapan dengan perpisahan adik beradik...masing-masing cuba mencari haluan hidup masing-masing untuk melawan takdir hidup ni...terlalu banyak yg kami tangiskan sampai dh xtau nk menangis untuk apa...dalam fikiranku hanyalah fitrah...adikku yang bongsu...sedih teringat keadaan dia masa semua ni berlaku...bru berumur 3 tahun...masih xtau ape2...yg pasti aku nekad tuk besarkan dia hingga sekarang..alhamdulillah, dia dh dpt ibu tiri yg sgt sygkn dia...dan ummi juga tempatku mendapatkan kasih syg...
malam ni selepas blik dr lepak2 td..aku sempat call ummi...rasa lama tak bercakap ngn ummi...niat nk bercakap dgn ayah tp ummi yang jawab, ayah dh tido...xpelah, aku ckp ngn ummi...tak semena2 aku menangis dekat ummi.,.satu persatu aku luahkan pd ummi...aku rasa sedih memikirkan keadaan adik beradikku,mak n kehidupan akan datang...
Kak Ha..kakak yg aku syg skali...bnyk bnda yg kami kongsikan bersama, kisah hidup..kesedihan, kegembiraan...n aku xleh hidup tanpa dia...wlpn bnyk yg aku takleh terima sal dia tp aku still harap bantuan dia bila aku perlukan nasihat seorang kakak...aku tak pernah salahkan dia dengan ape yg berlaku dalam hidup dia sekarang...terlalu bnyk yg dia dh lalui berbanding dgn aku...ditipu,dipermainkan sampaikan masa depan dia hanya cukup2 untuk tampung hidup dia je...terasa sangat..
Abg Aqiif...pendiam tp dalam hati dia penuh dgn kekecewaan n ketegasan...dia xmampu nk bt ape2...bagaikan mati xberkubur hidup dia...tak bekerja n xde sape dpt bantu dia...sedangkan terlalu banyak kebolehan yang dia mampu lakukan...kadang2 aku rasakan dia bagaikan org suruhan...buat ape sahaja yang orng arah n mntak buat..tp ape yg dia pendam dia xpenah nk luah kat sape2..tp aku dpt rasa semua tu..
Kowi...dia sgt take care sal family...tp kadang2 sikap baran dia bt kami pn geram...hidup sehari2 untuk diri sendiri..bangun, pergi keje..balik keje...makan kt rumah pn xnak..terlalu banyak dia pendamkan..mgkin dia pn dh serabut nk hadapi masalah yang ada...cr life sdiri...
Mak...entahlah..aku xtau nk ckp...mgkin terlalu bnyk penderitaan yg dia lalui sampaikan dia jd camtu..ntah ape yg aku nk ckp...mgkin aku belum cukup untuk memahami dia...aku cuba tuk tak lukai hati dia...terima apa sahaja yang berlaku sekarang...
apepn yg berlaku ni semua kesan mak ayah berpisah...masing2 memendam perasaan...cuba terima kenyataan hidup yg sampai sekarang kami tak mampu nk terima...kami tinggal serumah...setiap hari memandang wajah satu sama lain..berbual,bergaduh, bergelak ketawa sama2 tp keceriaan dan kebahagiaan tu semua dh tak ada..masing2 cuba bertopengkan diri sendiri tuk sembunyikan kesedihan yang kami lalui...
memang senang bg sesiapun melihat keadaan ni minta kami terima takdir hidup ini sebagai qada' n qadar..tp cukup sukar bt kami..kami cuba untuk memperbaiki kehidupan kami tp ini sahaja yang kami mampu dan kami tak pernah putus pun untuk perbaiki semua ni...bg aku, bukan niatku untuk terus hidup dalam kesedihan atau membuat kesedihan tu berpanjangan dalam hidup aku tanpa ada perubahan...aku sendiri taknak semua ni berterusan...tp ntahlah..sampai bila semua ni akan berakhir...
bila aku bercakap kt ummi td aku masih xleh terima semua ni, dia pulak rasa bersalah..bersalah hadir dlm hidup ayah yang membuatkan anak2 ayah jauh dr ayah...bukan itu ummi...ain sgt2 sygkan ummi, ayah, mak..adik beradik ain...ain syg semua...tp ain xtaulah...
Ya Allah,..aku dh pasrah..terima seadanya apa sahaja yang berlaku lepas ni...rasanya dh lemah nk melawan kehidupan...apepn aku sentiasa mendoakan semua ni akan berubah..kembalikan semula kegembiraan kami adik beradik wlpn mak ayah tak mungkin akan bersatu lagi selepas ni...namun aku tetap mendoakan kebahagiaan diorg juga..tnpa diorg aku tak ada kt dunia ni...
Ya Allah...kembalikanlah semula kegembiraan kami...berikanlah petunjuk kepada kami...(T_T)







Tips Keharmonian Rumah Tangga

1. Mendengar, menerima dan menunjukkan minat
Setiap individu mempunyai banyak cerita yang ingin dibualkan dan diberitahu. Begitu juga dalam hubungan antara suami isteri, pasti ada sahaja cerita yang ingin disampaikan sama ada berkaitan pejabat atau hal-hal di sekeliling. Cara ini secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan suami isteri. Melalui bercerita pasangan dapat menjadi seorang pendengar yang setia, dapat memberikan pendapat dan merupakan kaedah yang berkesan untuk meluahkan perasaan tertekan ketika di tempat bekerja. Sekaligus dapat mewujudkan sifat prihatin terhadap pasangan.

2. Berkasih sayang 
Kasih sayang merupakan aspek penting dalam hubungan suami isteri, malah perasaan sayang dapat melahirkan suasana harmoni dalam rumah tangga. Kasih sayang mungkin akan pudar sekiranya suami isteri tidak mengambil langkah untuk mengekalkan perasaan tersebut agar terus mekar di dalam hati masing-masing. Kasih sayang ibarat pokok yang berbuah jika tidak disiram dan dibajai pasti akan kering dan akhirnya layu gugur ke bumi, ia perlu disemai dari sehari ke sehari. Perasaan sayang tidak semestinya diluahkan dengan perkataan tetapi boleh dilakukan melalui sentuhan, belaian dan melakukan pelbagai aktiviti bersama seperti mengemas rumah, menonton televisyen dan beriadah.

3. Ambil berat
Sikap ambil berat terhadap pasangan dapat menjadikan hubungan suami isteri bertambah erat dan mesra. Mungkin dengan menelefon untuk bertanya khabar dan bertanya sama ada suami atau isteri, sudah atau belum makan juga dapat menjadikan kita seorang yang sangat prihatin dan mengambil berat. Selain itu, sokongan daripada pasangan juga amat penting sebagai perangsang sekiranya pasangan kita perlu melakukan sesuatu tugasan.

4. Menghargai perkahwinan
Cara yang terbaik untuk menghargai perkahwinan ialah dengan mengenangkan kembali detik-detik manis dan kemesraan yang wujud semasa awal perkahwinan. Mengingati saat-saat indah dan bahagia ketika bersama dapat mengurangkan tekanan. Memuji dan meluahkan perasaan bangga kepada pasangan membuatkan mereka rasa dihargai. Idea serta pandangan untuk menyelesaikan masalah pasangan kita dapat mengukuhkan lagi hubungan.

5. Saling memahami
Suami isteri perlu memahami antara satu sama lain dan menyelami hati pasangan masing-masing. Tunjukkan kepada pasangan anda bahawa anda benar-benar memahami dan merasai apa yang sedang dilalui oleh mereka. Melalui riak wajah seperti sedih, bimbang, marah dan sebagainya, memperlihatkan kita benar-benar prihatin terhadap pasangan kita. Selain itu, perkataan dan kata memujuk merupakan salah satu cara untuk menenangkan hati pasangan yang dilanda masalah.

6. Bersenda gurau
Bergurau senda seperti melawak dan menyakat boleh menghangatkan lagi hubungan suami isteri. Cara ini dapat mendekatkan kita kepada pasangan dan seterusnya hubungan akan bertambah intim. Suasana ceria dan gembira akan lahir ketika kita bergurau senda dengan pasangan kita. Berkongsi perasaan gembira dan menyatakan betapa kita bahagia ketika bersama pasangan akan menyemarakkan lagi hubungan.

7. Mendoakan pasangan
Doa merupakan cara yang paling mujarab untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga. Setiap kali selepas sembahyang jangan lupa untuk mendoakan kebahagiaan rumah tangga dan doa supaya jodoh dengan pasangan akan berkekalan. Segala usaha yang dilakukan tidak akan lengkap tanpa berdoa kepada Maha Pencipta untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga.

Kesimpulannya, apabila berlaku perselisihan faham antara suami dan isteri jalan yang paling mudah untuk menyelesaikannya ialah dengan meminta maaf dan memberikan kemaafan kepada pasangan. 

Ada ketikanya Allah s.w.t akan menguji hambanya dan apabila kita dapat menerima ujian dengan hati yang terbuka maka Allah datangkan pula kebahagian begitu juga dalam hubungan suami isteri pasti ada dugaan yang perlu ditempuh. Dugaan ini secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan suami isteri kerana mereka telah berjaya menyelesaikan segala masalah yang timbul bersama-sama. Oleh hal yang demikian, hargai dan bajailah kasih sayang dan sematkan dalam hati kita bahawa kebahagiaan dan keharmonian terletak pada tangan kita sendiri.







Saturday, May 14, 2011

Terima Kasih Ya Allah

still xdapat nk lelapkan mata....risau dgn hujan...risau dgn banjir...hmmm....hari ni, bangun je tido terus dapat call dr seseorang...yg sgt aku rindu....setelah lbh dua minggu aku cuba hubungi dia tp xada balasn...hmmm...mgkin dh ada life dia sdiri...tp semalam hati aku tergerak untuk msg dia...aku just bgtau aku di kampung...tak lama lpas tu dia call...tp aku langsung xjawab sebab masa tu mood aku nk ckp ngn org dh xde...so biarkanlah 2 3 kali dia call...pg ni bangun2 terus dia call...cam tahu je aku dh bangun...hmmm...ckp cam biasa...hajat di hati nk sgt jumpa dia...cam selalu aku buat bila balik kampung...bila aku bgtau hajatku itu, dia terdiam...lama jugak dia nk ckp...last2 dia bgtau jugak yg dia dh btukar keje...sekarang di johor n tak dapat dh jumpa aku...aku terdiam...mungkin dia nk pujuk, dia ckp dia sanggup dtg jumpa aku kalau aku nak...tp aku xnk...dh bnyk susahkan dia...dr dulu lg...wlpn aku rndukn dia, tp aku tahu ape yg jd ni ada hikmahnya....lama aku berfikir dan sekarang aku dh dpt jawapannya...mgkin cara Allah jauhkan kami untuk elakkan aku dr buat kesilapan lagi...cuba bina kehidupan sendiri dan bukannya berpaut pd ranting yg rapuh...terima kasih Ya Allah...





Sendiri..

Belum pernahku kesali hidupku
Lahir kedunia pun begitu
Suka dukaku tanggung sendiri
Dengan ketabahan hati
Mana saudara manakah teman teman
Disaatku memerlukan
Kepalsuanmu makin menjadi nyata
Kemesraan sementara
Sendiri
Kadang menyiksakan
Kerna tiada teman bicara










Thursday, May 12, 2011

Epilog 29 Jun 2010

ku mulakan langkahku di saat ini...bagaikan tubuh dibawa angin..tiada rasa keinginan menemui beliau....melangkah mengikut rentak Abg Afiq...tiada apa yang aku fikirkan melainkan rasa kecewa dan bosan...bosan mengadap kaunselor...Najidah Yahaya...itu yang pertama ku lihat sebaik melangkah biliknya...entah kenapa hati rasa berdebar-debar...sedangkan aku dh biasa dengan semua tu...menatap wajahnya yang putih gebu, senyumannya yang membuatkan aku terkedu...Abg Afiq meninggalkan aku bersama dia...seperti biasa, borang sesi kaunseling tu aku isi lagi...mmg dlm hati sgt bosan melakukan benda tu...tp aku tulis juga....puas berbual dengan cik...bagaikan kami berkenalan 10 tahun lamanya....selesa berbicara dengannya...mungkin kerana sikapnya yg sgt tenang membuatkan aku percaya pd dia...
Hari berlalu...aku mula menyayangi dia..semakin hari semakin kuat....nasihatnya, ketegasannya membuatkan aku banyak berfikir sebelum membuat apa2...kerana dia aku berubah...mencorakkan kembali sisa kain putih yang masih ada dalam diriku, cuba memadam segala kehitaman dan cacat cela diri yang dulu....
Dia sgt baik, mengambil berat tentang soal hidupku, aku rasa gembira dan tenang dengan adanya dia..segala kesakitanku diubat sedikit demi sedikit...
pesanannya yang sentiasa dia ungkapkan "hargai sesuatu sebelum ia hilang"...kata2 ini membuatkan aku sentiasa berjaga-jaga untuk aku tak melukakan hati dia...bg aku dia dh jd sebahagian drpd hidup aku...tiada org lain yg lebih penting dalam hidupku selain dia...dia bagaikan ibu, guru, teman yang setia buatku...sampaikan aku jd cemburu,..cemburu tiap kali dia merapati atau mesra dengan pelajar2 lain...
cik, ain akui semua ni, ain tak mampu tipu perasaan ain, yang perlu cik tahu, ain xtahu lg bagaimana untuk hargai cik, ain xtau bagaimana ain nk gembirakan cik sepertimana org lain lakukan pd cik....andainya ain ada kemampuan seperti tu cik, ain pn akan buat...tp ain xtau...apa yang rasakan kini...hubungan ain ngn cik bgaikan dh xda apa2...ain sengsara hadapi semua ni cik....sedih, perit bila cik ungkapkan cik kecewa dgn ain...ain lg kecewa ngn hidup ain cik...
hari-hari yang dilalui sgt perit, tiada lagi layanan mesra cik, ajakan cik,..senyuman cik...cukup susah untuk ain lihat lagi...semua ni dh buatkan hati ain mati...mati untuk menyayangi sesiapun di dunia ni...fobia, takut dilukai lagi...mengharap pd sesuatu yg xbertahan lama...manapun cik pergi selepas ni,..ain tetap ingat cik, syg cik sampai bila2...cik sedar ataupun tak, ain sebenarnya dh bnyk berubah kerana cik...ain akn pergi dan xakan lg ganggu hidup cik selepas ni,..kalau itu yg cik mahukan...wlpn ikhlas hati ain memang xmampu untuk lakukan tu semua...tp ain akan cuba...ain akan cuba...akhiri semua ini di saat ini...





AKU SAYANG DIA!!

Ya Allah...apekah sebenarnya yang akan berlaku...berikanlah aku petunjukMu..jelaskanlah apa yang berlaku ini Ya Allah, terlalu perit melawan kehebatan dugaanMu Ya Allah...Engkau maha mengetahui bahawa dia yang teramat ku sayang di saat ini...tp kenapa Ya Allah, Kau jauhkan ikatan antara kami??..terlalu perit Ya Allah...hati aku luluh, perit Ya Allah, inikah ujianMu yang memaksa aku hilang perasaan terhadap manusia Ya Allah...bagaikan dh hilang punca hidup ni...kosong!..aku sayangkan dia, dia bagaikan ibu buatku...segala2nya aku belajar dr dia...adakah ini juga petanda yang Kau mahukan aku kembali pd hidupku dulu Ya Allah?..adakah aku tidak sesuai untuk menjadi insan yang baik dimataMu?..kenapa Kau hapuskan ikatan antara kami Ya Allah??...apa lagi yang perlu ku lakukan supaya dia tak tinggalkan aku....apa salah aku Ya Allah??...hukumlah aku dengan dugaan yang lain Ya Allah...bukannya dgn kehilanggan dia Ya Allah...aku tak mampu nk hadapi semua ini Ya Allah...aku tak mampu...Kau pernah mengambil org2 yang aku sayangi sebelum ini, kenapa Kau masih nk mengambilnya dr aku?..apa salah aku?..
Ya Allah, andai itu mmg yang telah ditetapkan dlm hidupku,..ntahla...cukup sukar untukku menerimanya...apa yang pasti kehilanggannya telah membuatkan hatiku mati...takkan ada lagi manusia yang aku sayang selepas ini, sayang aku hanya pd dia dan dia org yg terakhir akan menerimanya...tiada yang lain...andainya rasa sayang tu masih ada, namun takkan sehebat sayangku pd dia...dialah kakak, dialah guru, dialah ibu, dialah guru...dialah segala2nya dalam hidupku...walaupun mana dia pergi...sayang aku pd dia xkn pernah pudar Ya Allah...kerana aku tak pernah membuang hidupnya dr hati aku...tak pernah lupakannya dalam fikiranku...tak pernah terkedu bibirku mendoakan kesejahteraan dia....hanya satu yang ku pohon drMu Ya Allah...Kau lindungilah dia,...sayangilah dia melebihi dr apapun...aku akan cuba untuk mengingati dan melakukan segala nasihatnya...hargai sesuatu selagi ia masih ada....hargai dia wlpn aku xtau bgaimana lagi harus aku hargai...merubah apa yang boleh diubah...wlpn hatiku dh mati...tp hatiku xkan mati untuk terus aku sygi dia krn dia yg terakhir akn ku sayangi...sampai bila2pn selagi Kau izinkan ia berada dalam hatiku...aku redha Ya Allah...aku terlalu sayangkan dia...(T_T)







Wednesday, April 27, 2011

Tangisanku..

mengalami sesuatu kesakitan bukan perkara yang mudah buatkan, entah kenapa hari ini terlalu sakit hati ni, mungkin memang salahku...entahlah...bagaimana lagi hendak ku perbaiki, hilang punca arahnya...sedih lg bila ada yang menganggapku bagaikan hilang waras...Ya Allah...namun aku langsung tidak rasa untuk marah atau salahkan dia, mungkin dia tak pernah mengalami semua ini...aku tak kisah...apepn tanggapan manusia terhadapku...bg aku, aku ada Allah...Dia yang maha mengenali diriku.,..
saat ini juga hatiku terdetik untuk tinggalkan bumi UPSI ini, mungkin aku rasakan tiada lagi seindah yang ku harapkan, yg ku dapat hanyalah hinaan dan cacian...tambahan hati aku sangat rapuh untuk terus melawan perasaan perit tiap kali memandang wajah2 yang aku sayang di sini..tak sanggup lagi terus menyusahkan mereka dgn masalah hidupku yang tak pernah ada hujung penamatnya,...rasakan gelap seketika dunia andai ini berlaku, terlalu sayang aku pd pelajaranku...cita2 aku menggunung sejak kecik lagi nk jd seorang guru...ntahla sama ada ia tercapai ataupun tidak
Ya Allah, mengapa terlalu mudah manusia meletakkan nilaian terhadapku?...aku juga manusia biasa...adakah UPSI ini bukan tempatku?...memang ,mudah buat teman2 berkata2 untuk tidak memperdulikan hinaan yang dilemparkan ke atasku...tp hati aku terlalu goyah untuk melawan semua ni...sukar untuk aku ungkapkan....nk keluar bilik pn aku dh rs tak berdaya...senyuman memang sekarang cukup susah untuk aku ukirkan...
hari-hari yang ku lalui cukup mengajarku erti kehebatan hidup ni, namun tu semua langsung tidak akan merubah apepun yang ada dalam fikiran orang lain tentang diri aku,...terlalu buruk dan hina aku pd mereka...aku cuba untuk mencari ketenangan, cuba untuk tak fikirkan,...sertai mcm2 aktiviti walaupun aku tahu tu semua sgt berisiko terhadap diri aku...Ya Allah...aku tetap redha kalau nyawaku juga ditarik masa itu...ntahla...
Ya Allah...hanya satu yang aku pinta dariMu dan teman2...izinkanlah Ain pergi...







Sunday, April 24, 2011

Kelebihan Surah Al-Mulk( surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka).

KELEBIHAN SURAH AL-MULK
Kelebihan Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

Sunday, March 27, 2011

Luahan Hati

hidup ni kadang2 kita xsedar pn kita salah cakap...pernah dulu diri ini cuba mengelak untuk dicintai, disayangi....memberi ruang pd diri untuk hilangkan trauma yang masih berlegar-legar dalam diri. bukan senang untuk membuka kembali pintu hati yang sekian lama tertutup..
hidup kadang2 tak adil...itu yg sentiasa aku rasakan...memiliki sekeping hati...namun sentiasa hati itu disiat2...semakin hari semakin terhakis...hilang perasaan sayang, cinta, rindu....segalanya mengajarku erti kemanusiaan...
aku cuba menongkah segala kekalutan hati, keresahan jiwa yang xpernah hilang...menenangkan kembali jiwa dengan terus berdoa dan memohon dariMu...segala2nya ku redha...mengenang kembali apa yang berlaku, namun cuba ku tahan untuk tangisi kenangan itu...biarkan ia abadi dalam hati...
aku sedar yang hati ini masih lagi terluka, xpernah terubat walau berkali dicuba...xpernah berganti perasaan walau ada yang mencuba, namun sampai bila?...
pernah hatiku seperti ini...terlalu sakit nk digambarkan...kehilangan yang cukup memberi kesan...cinta, sayang rindu yang dipermainkan....kesetiaan yang dihancurkan tanpa belas kasihan...
ini yang selalu aku lalui....rindu sgt kt dia...rs hilang....mcm2....hmmm...tp samapai bila aku harus cmni...xpelah, just mengingati apa yang penah aku lalui...
sekarang...mungkin banyak berubah...aku cuba menghilangkan semua perasaan tu...mengejar cita2ku sebagai seorang pendidik...inilah jugak nazarku untuk merubah apa yang berlaku sebelum ni....
belajar di UPSI bukan sesuatu yang mudah untukku....dengan jiwa yang masih celaru...aku bangkit melawan semua ni....
selama dua tahun kat sini...banyak yang aku pelajari...makin hari makin hilang segala kejadian yang pernah berlaku dulu...namun kenangan tu tetap ada...hanya aku yg bertindak sama ada nk ingat atau x benda tu
banyak bimbingan n nasihat yg aku dapat terutamanya dari senior yg aku syg, kak endang..bonda yg tersayang, cik najidah yahaya...terlalu banyak jasa kalian bt ain...




<<--kak endang cute

 cik najidah syg-->>




rasanya tanpa kedua2nya...aku xmampu setahap ini....selain keluargaku...merekalah yang paling aku sayangi......

hmmmm...cinta?...rasanya datang kembali @ tidak?...aku tak pasti...mungkin aku akan cuba untuk membuka kembali hati ini...memberi ruang pd hati yg benar2 mencintaiku...dulu pernah aku memujuk ayah dengan ayat ni "ayah mungkin Allah nk gantikan hidup ayah dengan yang lebih baik"....rasanya aku pn perlu untuk mendengar kembali ayat ini untuk diriku....
aku akui, mungkin dh ada yg mampu membuka hatiku ini...tp semuanya aku berserah pd Yang Maha Esa...Dia yang akan menentukan segala2nya...aku memang sygkan dia...cuba untuk meletakkan kepercayaanku pd dia...mudah2an Allah permudahkan segalanya...terima mkasih pd hati yg mahu memilikiku...kasih sayangmu amat bernilai buatku...
buat dia juga maafkan diri ini sb selalu xlayan dia, mungkin masih fobia....tp ain tetap hargai diri dia...bersabar je ngn sikap ain...tq sgt2...bg ain masa untuk perbaiki kembali hidup keseorangan sebelum ni....ain sgt mengharap dia memahami n percaya pd ain....

ni je gambar dia...suruh letak yg baru xnak buat...xpelah....yg penting dia perlu tahu...ain syg dia...tp ain xnk janji ape2 pd dia...ain serah pd Allah untuk selebihnya...sebab ain tahu...ain bukan seperti dulu...mudah untuk menerima semuanya...harap dia faham...
tu je kot ain nk luahkan sekarang...sesiapapun dalam luahan hati ini...ain sgt2 sayangkan kalian semua...hidup ain akan sunyi tanpa kalian...tq semua....maafkan ain kalau ape yg ain buat ini akan bt kalian kurang selesa..ini hanya luahan hati ain di saat ni...mudah2an ain setabah, sekuat dan bersemangat seperti kalian untuk teruskan kehidupan ni....sayang kalian...



Saturday, February 5, 2011

SeLaMaT HaRi LaHiR Ain!!!

waahhhh....arini dh cukup umo aku 22 tahun...makin tua...tp perangai...hurmmmm...still cm budak2...apelah nk jadik ngn aku ni.....

mlm ni, kul 2.15 pagi td...huhu...anis n ida dh mencokodokkan aku...huhu...rasa putih kejap....sanggup xtido...tq korang....

ntahlah...sebak rase hati ni...xtau ape nak fikir sebenarnye...sampai saat ni aku masih xdapat lelapkn mata....sgt sedih terkenangkan dia....terlalu rindu...hanya Allah saje yg tau..kalu dulu dialah org pertama yg ucapkan....terakhir sekali 2 tahun lepas...dlm keadaan hubungan yg bergolak, dia masih xlupakan tarikh ini...subanallah...terlalu sukar untuk ku lupakan...
ahhhh....tension...saat ni aku teringat pulak kt seseorang yg aku sgt sayang sekrg...hidupku dr kekuatannya...walaupun dia selalu ckp bukan dia, tp Allah ain...ntahla...aku takut,,,takut sgt kehilangan dia...Ya Allah...dengarlah rintihanku ini...aku xsanggup kehilangan dia....andai itu terjadi Ya Allah...hilangkanlah ingatanku drpd aku harus terima kehilangannya...
aku cuba untuk perbaiki diriku...entah cmne lg...terlalu bnyk dugaan yg ku rasa ku terpaksa hadapi...tp dia sentiasa kuatkn dgn mcm2 ketegasan dia...
Ya Tuhan...dugaanMu tak henti buatku...
aku cuba untk bergembira...tp rasenye aku kalah dgn perasaan ini...terlalu fikirkan dia...maafkn aku ye anis, ida n kak najla...korang dh cuba untuk gembirakn aku...tp aku xdpt balasnye...
Ya Allah...kenape aku fikirkn ini semua?...ape sebenarnye antara aku dan dia?...pedihnye hati bila aku tgk gambar dia..dgr suara dia...kejap nampak dia online, pastu offline..aku nk tegur aku takut...sakit...
pagi ni aku rasa xsedap hati..mcm2 aku fikir...dia selalu pesan, kalau kita fikir negatif, akan jd negatif...tp kalu bnda negatif tu benar2 jadi...adakah mampu aku lalui...
perit...Ya Allah...aku sgt sygkn dia...aku dh anggap dia lebih dr segala2...guru, ibu, kakak, kawan...ahhh...lebih pd tu lg dh...aku xtau...knp aku harus jd smpai tahap ni...aku syg dia...itu je mamp[u aku ucapkan...n xkn pudar sampai bila2pn...
Ya Allah...andai suatu hari nanti aku akn mghadapi kehilangn dia, bantulah aku Ya Allah...padamkan segala ingatanku pd dia...aku tahu, aku xmampu hidup tanpa dia, mghadapi kenangn bersama dia yg xmgkin dpt aku ulangi...
Andai dia tahu...aku sgt sygkn dia....aku akn hargai dia...aku janji xkn bt ape yg dia xsuka...aku tahu dia adalah kurniaan Allah btku....setiap kepahitan tu ada kemanisan...dan dialah kemanisan dlm hidupku...aku syg dia...maafkan aku...ini yg ku rasa di saat ini...pedihnye Ya Allah....







Saturday, January 29, 2011

Hari Terbuka Kolej Za'ba 2011 (20-23 Jan 2011)

hmmmm....selama 2 bulan bertungkus lumus menjalankan tugas sebagai seorang penolong pengurus, macam2 aku lalui untuk melaksanakan Open Day ni dengan jayanya....ahhh....xkesahla semua tu, dh jd pengalaman...ape yg aku nk citer cni ialah kemeriahan Open Day kali ni...memang sg2 meriah...sgt rugi pd sape yg xdtg...

sinilah Kolej Zaba..


hari pertama...wahhhh....jeng3...
hari pertama dijalankan Bengkel Protokol & Etiket Sosial di dewan...agak bcelaru skit pengurusan sb aku xde...hahahahaaa...mcmla aku ni pnting sgt...tp sgt best bengkel tu...tahniah pd smua yg incharge bengkel tu tnpa aku..hehehe....
kat pentas lak masa ni ada pertandingan azan & hafazan kanak-kanak 7 tahun ke bawah...sgt cumell...tp rugi aku xde...huhuhuuu...
blik je, dh terlepas dua2 program ni..xpela..pepn..aku teruskn tugas untuk pertandingan Lagu Klasik Retro...waahhhhh...kembali ke zaman dahulu....sgt2 meriah...dgn pakaian yg segala mcm..hehehee...tp sedih...aku xjmper lak gmbar2 masa kenangan tu...xpe2...lpas pd tu....kami dikejutkn dengan persembahan 2 YDP Kolej yang memecahkan suasana Kolej Za'ba...Udin n Abg Kacak....Ghazal Untuk Rabiah...dh btukar jd lagu ape ntah...aku xleh nk record bnyk2...nk pecah perut gelak...

">


hahahaaa....lpas tu...just prepare tuk Forum Perdana malam tu...hmmmm...sgt2 best...

Hari Kedua......yehaa!!!
pagi2 dh start dengan acara yg cukup menghiburkn....
pertandingan memasak lelaki...hahahaaa...diorang ni semua leh wat calon suami...pndai masak...pd sebelah petang lak ada Kursus Aspresiasi Puisi Tradisional yg menampilkan Pak Roslan Madun sbg pnceramah khas...best giler..huhuhuu...Pak Roslan sgt2 sporting...lpas habis bengkel,bawk g Konti RTM, ON AIR jap, pastu smpat gak aku jalan2 ngn dia intai2 gerai...hehheee....lpas hntar pak Roslan balik umah...teruskn persediaan untuk Malam Puisi Amal bersama GAPENA...
hmmm...berdebar2 menguruskn Malam Puisi Amal...ramai VIP...huhuuuu...malu!!...malam ni, ramai yang menyampaikan puisi yang bertemakan "BILA BUMI MERINTIH"

tahniah pd semua yg berjaya jalankan malam tu dgn meriah...terutama abg kimin, sgt2 best persembahan DEKON tu...pak Roslan pn...still terngiang2 lagu lemak manis...

Hari Ketiga.....besh2...
pagi ni agak melucukn n bt smua sekretariat jd kalut...huhuu...masa pertandingan fesyen kanak-kanak berlangsung, kami hanya terima satu penyertaan sahaja,...hehehee...semua mak bapak keje...xleh bawak anak2 kecik dtg...ni lah satu2nya peserta cilik kita...sgt cumell...NUR AQILAH QISTINA...

comel kan?....hahahaa...yg lucunye, budak ni hampir2 nangis bila tau xleh nk bertanding sb xramai penyertaan....semuanya dh kalut...huhuuu..
untuk tenangkan budak tu, kami bawak jgk naik pentas...huhuu...tp still dia nk nangis...hahahahaa...ape lg, semua sekretariat terpaksa menjadi 'peserta terjun' mempergayakan fesyen baju PROTON...hehehee..barula budak tu ok....masing2 melebihkan adik Qistina berposing..hahahaa...







fuhh!!...nasib baek buadk tu xnangis...hehehee...lpas tu kitaorang dimeriahkan dgn pertandingan senamsenitari 1 Malaysia yang melibatkan dua team iaitu KAB FC n MIGDANSI....sgt2 best...menari sambil bersenam...





pastu kitaorang ada sesi bergambar ngn PROTON lak...best dapat baju n cap free...tq PROTON....




BEST KAN?...hmmm...pastu apa ek?...hah!...luper!...BERITA HARIAN...satu lagi penaja OPEN DAY...BERITA HARIAN dtg bt 'collegge attack'....best giler...mcm2 game ada...tq wat kak Aiza sb xhnti2 celoteh ngn Ain..sgt2 best...





dh habis semua tu...prepare lak untuk MALAM KEMUNCAK PENCARIAN MURABBI UPSI.....huh!...yg ni lg menakutkan..mmg kna wat betul2...alhamdulillah semua berjalan dgn lancar...yg bestnye...smpat ambik gambar ngn IMAM MUDA ASYRAF n IMAM MUDA HIZBUL....SUKE2..










Hari Keempat...yehaaa!!
last day...pagi ni bermula dgn pertandingan koir lagu rakyat...huhuhuuu....bergema kejap Kolej Za'ba dgn suara2 peserta...best!!...





kat dewan lak ada Bengkel Media Grafik...hehehee...aku xsempat nk g tgk...xpe2..bnyk sgt program kt bawah...hmmmmm...cam missing jek...hah!!...aku luper nk gtau sal acara kt gelanggang...xpe2...random jela ek...ada futsal, bola jaring, n sewaktu dgnnye la...







kitaorg jgk terima kunjungan drpd konvoi UKLK....






MAWI N KOPRATASA DATANG!!!!








huhuhuuu,...kat pentas x habis lagi acara...sibuk je ngn mawi n kopratasa...kat pentas ada rakaman dr pihak RTM...TQ RTM....




SO....APE LG?...PREPARE TUK MALAM PERASMIAN PENUTUPAN OPEN DAY la plak....mak aihhhh....apepn...random jela gambar masa malam penutup ni...coz sgt2 bnyk gambar n citer nk bgtau...heheheee...(padahal malas dh nk tulis)...















yeehhaaaaa!!!....selesai sudah OPEN DAY ZA'BA 2011.....INILAH ANTARA KENANGAN2 KAMI.....










TQ SEMUA...TQ RTM, PROTON, BERITA HARIAN, PERAK FM, KOPRATASA, MAWI, PAK ROSLAN MADUN...CIK WAN...N SEMUA2LA YG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAUPUN X....HUHUHUUU...WILL BE MISS DIS MOMMENT.......LUV U ALLZZZ!!!!....

BT YG TERAKHIR...INILAH KEJAYAAN KITA!!!!!....




THE LAST ONE!!

">

TQ SEMUA!!!.....MUAAXXXX....








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

1996-1999

1996-1999

1999-2001

1999-2001

2002-2005

2002-2005

2006

2006

2007-2008

2007-2008

UPSI 2009-Sekarang

UPSI 2009-Sekarang